HIBAH
Apa itu hibah takaful?
Hibah bemaksud hadiah, hibah takaful pula adalah hadiah (pampasan kematian) melalui sijil takaful yang akan diberikan sejumlah pampasan kepada orang yang tersayang (penama) tanpa wasiat & tidak tertakluk kepada hukum faraid jika pemegang takaful itu meninggal dunia.
Wasiat sahaja tidak menjamin tuntutan penuh oleh waris.
Ramai yang anggap dengan adanya wasiat, harta peninggalan semestinya akan diberikan kepada waris. Tetapi, tahukah anda bahawa wasiat sahaja tidak menjamin tuntutan penuh oleh waris?
Akibatnya, harta beku dan tidak dapat diwarisi oleh waris yang dikasihi. Malah, sudah banyak kes ahli keluarga bergaduh berebut harta pusaka sampai ada yang terputus hubungan.
6 Sebab Anda Perlu Ada Hibah
Sekiranya anda ditakdirkan jatuh sakit, sudah tentu pekerjaan anda akan terjejas. Secara tidak lansung, pendapatan anda juga akan turut sama terjejas!
Jadi, apakah yang anda perlu lakukan? Anda perlu ambil Hibah untuk diri anda. Apabila anda jatuh sakit terutama disebabkan oleh penyakit kritikal seperti kanser, anda akan mendapat sejumlah wang pampasan untuk anda ‘survive’ dan meneruskan kehidupan walaupun pendapatan anda sudah tiada dan terjejas.
Anda mampu untuk hidup selesa seperti sekarang kerana pendapatan anda tidak terjejas. Tapi anda perlu ingat bahawa malang tidak berbau. Pendapatan anda boleh hilang dalam sekelip mata. Jadi, apakah persediaan anda?
Segala simpanan anda pasti akan terhakis sedikit demi sedikit kerana ingin menampung perbelanjaan harian keluarga. Soalnya, selama mana ianya mampu bertahan?
Sebab itu anda perlukan Hibah. Hibah boleh membantu mengekalkan gaya hidup anda dan keluarga sekiranya berlaku perkara yg tidak diingini ke atas diri anda.
Mengumpul aset seperti rumah, tanah, simpanan dan pelaburan bukanlah suatu perkara yang mudah. Sudah pasti anda tidak mahu segalanya hilang dek kerana tiada perancangan yang rapi untuk melindungi aset-aset anda.
Hibah takaful adalah instrumen paling tepat untuk melindungi aset-aset anda.
Tangan yang memberi itu lebih baik daripada tangan yang meminta-minta – pernahkah anda dengar kenyataan ini?
Cuba anda renungkan sebentar, bolehkah anda menamakan 5 orang yang diyakini boleh menghulurkan bantuan yang berterusan kepada keluarga anda sekiranya anda terlebih dahulu pergi meninggalkan keluarga tersayang?
Jika tiada, maka Hibah takaful adalah jawapannya!